Blog

Monday, April 3, 2023

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Women, Family and Community Development


23 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Saya ingin Merujuk kepada Butiran 020200 Pembangunan Wanita

Tuan Pengerusi,

1.    Walaupun wanita di Malaysia telah mendapat pendidikan yang lebih tinggi daripada generasi sebelumnya, kadar penyertaan tenaga kerja wanita sekarang hanya di lingkungan 55% - hanya sedikit peningkatan berbanding dengan 20 tahun dahulu.

2.    Menurut UNDP, jika kita dapat meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 70%, kita boleh meningkatkan KDNK negara sebanyak 2.9%.

3.    Oleh itu, adalah penting kerajaan ada rancangan yang lebih strategik untuk memastikan lebih ramai wanita bekerja.

4.    Walaubagaimanapun, Kementerian perlu memastikan bahawa inisiatif kerajaan dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja  tidak menjadi counterproductive, dengan izin.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of International Trade and Industry


22 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Merujuk kepada m/s 266 Butiran 040300 Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Hari ini, saya ingin menyentuh 2 industri baru yang sedang digalakkan oleh MIDA, iaitu pusat data (data center, dengan izin) dan kenderaan elektrik (EV).

Pusat Data

1.    Tuan Pengerusi, Malaysia berpotensi menjadi Hub Pusat Data ASEAN dengan strategi yang baik.  

2.    Pemain utama pusat data adalah syarikat antarabangsa MNC seperti AWS, Microsoft, Google, Meta, Equinix dll.

3.    Kebanyakan mereka mempunyai komitmen karbon sifar bersih (net zero carbon) dan menyertai inisiatif global RE100.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Science, Technology and Innovation


21 Mac 2023 
(Bahasa Malaysia Version)

1.    Saya ingin merujuk kepada Butiran 040700, Kod 40000, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) diberi peruntukkan pengurusan sebanyak RM 55 juta dan Butiran 00605 NIMB diberi peruntukkan pembangunan RM 44.13 juta. Ini bermaksud NIBM akan mendapat RM 99 juta dalam belanjawan ini.

2.    Untuk makluman dewan yang mulia ini, NIBM mendapat RM 27.5 juta dan RM 5.3 juta serta RM 30 juta dan RM 936,000 pada tahun 2022 dan 2021 masing-masing di bawah butiran dan kod yang sama. Secara keseluruhannya, ia mendapat lebih daripada RM 160 juta dalam masa 3 tahun sahaja. 

3.    Peruntukkan NIBM telah menjadi jauh lebih tinggi berbanding masa saya menjadi menteri kerana ia telah dipertanggungjawab untuk menerajui Pelan Pembangunan Vaksin Negara sejak 2020 semasa Covid-19 melanda dunia. Puchong ingin tahu perincian perbelanjaan ini. Apakah telah yang dicapai dalam masa 3 tahun ini?

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Natural Resources, Environment and Climate Change


16 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


m/s 246, B23, 050100 m/s 254, P23, 07200 Pengawaseliaan Alam Sekitar

1.    Saya ingin menarik perhatian YB2 sekalian perbelanjaan antara dua kod ini dan bandingkan.

2.    Kod 050100 Alam Sekitar adalah perbelanjaan untuk Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM 115.45 juta manakala kod 07200 adalah perbelanjaan untuk membayar syarikat konsesi PSTW di bawah Environmental Quality Monitoring Program (EQMP) sebanyak RM 86.7 juta.

3.    Saya telah berkali-kali membangkit dalam dewan ini sejak penggal yang lalu bahawa kerajaan perlu merunding semula perjanjian konsesi EQMP.  

4.    Perjanjian konsesi 15 tahun ini ditandatangani pada 2017 degan jumlah nilai RM 952 juta.

5.    Objektif asal EQMP ialah untuk melapor status kualiti alam sekitar, menyedia input bagi penguatkuasaan JAS dan memberi amaran awal pencemaran.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Agriculture and Food Security


15 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Pertama sekali, saya ingin merujuk ke m/s 213, P21, Kod 1003 Bahagian Sekuriti Makanan.

1.    Menurut Indeks Keselamatan Makanan Global (2022), Malaysia menduduki tempat ke-41 di dunia dari segi keselamatan makan.

2.    Singapura, sebuah negara yang tidak menanam dan menternak, menduduki tempat ke-15 di Indeks Keselamatan Makanan Global.

3.    Ini adalah keselamatan makanan adalah pelbagai dimensi.

4.    Selain daripada penghasilan makanan, harga makanan, kualiti makanan, pendidikan dsb juga adalah faktor yang sama penting.

5.    Bahagian Sekuriti Makanan menerima peruntukkan pembangunan besar sebanyak RM 100 juta dalam bajet ini.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Prime Minister's Department


Jabatan Perdana Menteri - 13 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version) 


Saya ingin merujuk kepada m/s 105, B6 (Jabatan Perdana Menteri), 060200 Biro Pengaduan Awam.

1.    Biro Pengaduan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengendali aduan orang ramai terhadap jabatan dan agensi kerajaan.

2.      Salah satu inisiatif utama di dalam Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan 2019-2023 adalah untuk menggantikan Biro Pengaduan Awam dengan Ombudsman Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan.

3.      Perbezaan utama antara Biro Pengaduan Awam dan Pejabat Ombudsmen ialah Biro Pengaduan Awam beroperasi di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri manakala Pejabat Ombudsman adalah agensi bebas dan tidak tertakluk kepada pengaruh kakitangan kerajaan mahupun campur tangan politik.

Thursday, March 2, 2023

Dewan Rakyat Oral Question 2023 to the Minister of Health | 2 March 2023

2 March 2023, Thursday (Bahasa Melayu Version) 

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini usaha Kementerian untuk mengatasi masalah masa menunggu yang panjang di bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di hospital awam dan swasta.


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Isu kesesakan di hospital dan klinik kesihatan sememangnya dipandang serius oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pelbagai inisiatif diambil oleh KKM dalam usaha mengurangkan kesesakan di hospital dan masa menunggu di kalangan pesakit dalam mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan. Tujuh (7) langkah atau inisiatif yang telah diambil oleh KKM dalam menangani permasalahan ini adalah seperti berikut: 

i) Pengauditan dalaman dan meneliti semula keberkesanan inisiatif sedia ada dalam KKM 

Atas tujuan ini, saya sendiri telah turun ke lapangan dan akan bertemu dengan Pengarah-Pengarah Negeri dan Hospital untuk mendengar sendiri dan memahami isu-isu di setiap Jabatan Kecemasan secara spesifik dan mencari jalan penyelesaian bersama dan bagaimana KKM dapat menyokong inisiatif yang dilaksanakan oleh setiap hospital masing-masing.


ii) Memperkasa Inisiatif Lean Healthcare 

Mengaplikasikan Lean Healthcare yang melihat kepada keseluruhan proses kerja bagi mengurangkan aktiviti yang tiada nilai tambah demi meningkatkan efisiensi. Proses berulang yang menjejaskan pergerakan pesakit dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali bagi memastikan aliran pesakit berjalan lancar. Ini membantu memendekkan masa menunggu sekaligus mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan klinik klinik pakar. 

Aktiviti penambahbaikan yang dilakukan menerusi inisiatif Lean Healthcare mensasarkan pengurangan waktu menunggu untuk berjumpa doktor, bermula dari kaunter pendaftaran sehinggalah pesakit mengambil ubat di farmasi, dan juga masa menunggu katil untuk pesakit yang perlu dimasukkan ke wad dari Jabatan Kecemasan. Antara contoh pelaksanaan adalah di Jabatan Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah yang dapat mengurangkan masa menunggu pesakit dari 192 minit kepada 88 minit (secara purata) manakala di Wad Perubatan pula dapat mengurangkan masa menunggu pesakit untuk didiscaj dari 360 minit kepada 180 minit.


iii) Pelaksanaan Projek Short Stay Unit (SSU) 

Projek Short Stay Unit (SSU) yang memfokuskan kepada pesakit stabil yang memerlukan rawatan kurang dari 72 jam. Pesakit-pesakit yang dikenalpasti akan dimasukkan ke SSU untuk rawatan yang berfokus dan optimum. Ini dapat mengurangkan waktu menunggu untuk mendapatkan katil bagi pesakit kes-kes ringan yang memerlukan pemantauan jangka pendek di hospital, seterusnya mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan dan mengurangkan Length of Stay (LOS) pesakit di hospital. 


iv) Pendigitalan Bed Management Unit (BMU) Secara Berpusat Melalui Sistem CPRC Hospital

Pelaksanaan Bed Management Unit (BMU) secara berpusat di peringkat hospital. Unit ini bertanggungjawab untuk pengurusan katil dan aliran pesakit secara berpusat (sama ada pesakit kecemasan dan elektif) daripada proses kemasukan, discaj, transfer intra dan inter-fasiliti. Pengurusan katil yang cekap dan efektif ini dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Jabatan Kecemasan untuk mendapatkan katil, seterusnya mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan. KKM telah memperkasakan BMU melalui Sistem CPRC Hospital yang mempunyai dashboard kapasiti katil hospital bagi melancarkan pengurusan aliran pesakit dalam.

Memantau Indikator Menunggu Katil

Indikator waktu menunggu katil bagi pesakit yang perlu dimasukkan ke semua wad daripada Jabatan Kecemasan juga dipantau. Menerusi aplikasi Lean metodologi serta keupayaan perkongsian sumber dan stepdown pesakit yang lebih lancar melalui inisiatif Hospital Kluster, sebanyak 129 buah hospital mampu mencapai masa menunggu katil kurang daripada 240 minit. 

Proses stepdown pesakit yang telah stabil dari hospital lead (hospital pakar) ke hospital non-lead (hospital tanpa pakar) membolehkan pesakit yang memerlukan katil dapat disegerakan, seterusnya mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan. Inisiatif Hospital Kluster dapat memudahkan proses stepdown dan pelan rawatan kepakaran kepada pesakit diteruskan sepanjang berada di Non-Lead Hospital. 


v) Bekerjasama dengan agensi Kerajaan dan sektor swasta (outsourcing)

Dengan kaedah outsourcing (penyumberluaran), waktu menunggu bagi prosedur-prosedur perubatan dan bukan perubatan dapat dikurangkan dan meminimumkan Length of Stay dan Bed Occupancy Rate, sekaligus mempercepatkan aliran pesakit. 


vi) Merawat Kes-kes Bukan Kecemasan di Klinik Kesihatan

Pengalihan pesakit dari Jabatan Kecemasan ke klinik-klinik kesihatan KKM bagi semua kes bukan kecemasan. Ini termasuk mengadakan perbincangan di peringkat Ibu Pejabat KKM berkenaan penambahbaikan pelaksanaan extended hour bagi pengoperasian klinik-klinik kesihatan KKM. 


vii) Memperkasa Komuniti dan Meningkatkan Kesedaran Awam

Penglibatan dan pemerkasaan komuniti dengan memberi kesedaran tentang fungsi Jabatan Kecemasan di hospital hospital amat penting bagi mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan. Ini kerana, daripada keseluruhan kehadiran pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di seluruh negara, 70% adalah kehadiran pesakit ke zon hijau (zon kecemasan bukan kritikal) pada tahun 2019. 

Tuan Yang di-Pertua, 

2. KKM mengawal selia kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS) seperti hospital swasta, pusat hemodialisis swasta, klinik (perubatan dan pergigian) swasta dan KPJKS-KPJKS lain sepertimana yang ditetapkan pada Seksyen 3, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] melalui penguatkuasaan Akta tersebut dan Peraturan-Peraturannya. 

3. Untuk itu, Seksyen 38, Akta 586 menetapkan setiap KPJKS berlesen atau berdaftar di bawah Akta 586 hendaklah pada setiap masa mampu memulakan, dan menyediakan, langkah-langkah perlu bagi penyelamatan nyawa dan melaksanakan tatacara kecemasan atas mana mana orang yang menghendaki rawatan atau perkhidmatan sedemikian.

4. Walaupun begitu, Kementerian secara amnya tidak mengambil pendekatan micro manage berkenaan tempoh menunggu di bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di hospital swasta, sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan setiap penyedia perkhidmatan di hospital swasta untuk menjalankan triaging yang mengutamakan keselamatan pesakit dan kualiti jagaan kesihatan, selagi mana ketetapan dalam Seksyen 38, Akta 586 tersebut masih dipatuhi.

Sekian, terima kasih.


Wednesday, March 1, 2023

8 Suggestions during Parliamentary Debate on 2023 Budget


Member of Parliament for Puchong full speech text at the Parliamentary Debate on 2023 Budget (Bahasa Malaysia Version)

-------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Tuan Speaker. Hari ini, Puchong ingin memberi 8 cadangan kepada kerajaan. I’ll go straight to the point.


1. Mulakan semula program immunisasi HPV dan adakan program “catch-up”.
2. Setiap tahun kira-kira 1,800 wanita didiagnosis dengan kanser serviks dan kira-kira 900 meninggal dunia akibat penyakit itu.
3. Kanser serviks menduduki tempat ke-4 kanser paling kerap di kalangan wanita di Malaysia dan ke-2 kanser paling kerap di kalangan wanita berumur antara 15 dan 44 tahun.
4. Saringan HPV boleh mengurang insiden kanser serviks dengan ketara.
5. Oleh itu, cadangan Pertama Puchong kepada kerajaan ialah memasukkan saringan HPV dalam Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) memandangkan sekarang kerajaan sedia memasukan saringan penyakit kencing manis.