Blog

Tuesday, May 23, 2023

Dewan Rakyat Oral Question 2023 to the Minister of Health | 23 May 2023

 23 May 2023, Tuesday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah stunting dan wasting di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. 


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua, 

1. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa prihatin dan proaktif dalam menjalankan langkah-langkah pencegahan dan intervensi bermula daripada seawal persediaan kehamilan bagi menangani masalah bantut (stunting) dan susut (wasting) dalam kalangan kanak-kanak bawah lima (5) tahun di Malaysia. Program program yang sedang dijalankan oleh KKM adalah: 

(i) Advokasi dan pendidikan kepada wanita sebagai persediaan kehamilan dan selepas bersalin; 

(ii) Pengurusan wanita hamil anemia di Klinik Kesihatan; 

(iii) Pemantauan peningkatan berat badan ibu antenatal di Klinik Kesihatan; 

(iv) Pencegahan dan kawalan kekurangan mikronutrien melalui inisiatif fortifikasi zat besi dan asid folik dalam tepung gandum dan pengiodinan garam secara universal; 

(v) Advokasi Penyusuan Susu Ibu; (vi) Advokasi Pemakanan Bayi dan Kanak-kanak; (vii) Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan (PPKZM); (viii) Program Community Feeding Bersasar; 

(ix) Inisiatif Hospital Rakan Bayi; (x) Inisiatif Klinik Rakan Bayi; dan 

(xi) Program memerangi masalah bantut dalam kalangan kanak kanak bawah 5 tahun 


2. Pihak KKM juga berkolaborasi erat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia serta Kementerian Desa dan Wilayah dalam menangani masalah bantut dan susut melalui: 

(i) Cadangan dan semakan menu sihat di TASKA, TABIKA, TADIKA dan prasekolah; 

(ii) Latihan Modul Penyediaan Makanan kepada pengusaha dan penyedia makanan di TASKA, TABIKA, TADIKA dan prasekolah; dan

(iii) Aktiviti Pemakanan Melibatkan Ibu Bapa seperti ceramah, demonstrasi masakan, permainan interaktif. 


3. Selain itu, pihak KKM turut menjalankan kerjasama bersama pihak universiti dan badan antarabangsa seperti UNICEF dalam pelaksanaan aktiviti bagi meningkatkan status pemakanan kanak-kanak dan kesedaran ibu bapa/ penjaga berkaitan permasalahan ini.


4. Langkah-langkah ini diperkukuhkan lagi dengan pendekatan menyeluruh kerajaan (whole government approach) melalui penubuhan Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. Jawatankuasa Khas ini dianggotai oleh 16 Jemaah Menteri dan Pengurusan Tertinggi pelbagai Kementerian serta Jabatan dan agensi yang berkaitan bagi memperkukuh kolaborasi yang berkesan di setiap peringkat. Kolaborasi ini diterjemahkan melalui pelaksanaan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan Kanak-kanak Malaysia, 2023 – 2030 dengan memfokuskan 5 Strategi Utama dengan 31 inisiatif iaitu; 

Strategi 1 : Pengukuhan tadbir urus kesejahteraan pemakanan melalui perundangan, komitmen politik dan pemegang taruh; 

Strategi 2 : Peningkatan kualiti dan akses perkhidmatan pemakanan;

Strategi 3 : Pemantapan persekitaran dan masyarakat kondusif;

Strategi 4 : Memperkasakan pembangunan kapasiti dan modal insan; dan

Strategi 5 : Sinergi advokasi pemakanan kanak-kanak.

Sekian, terima kasih.

Monday, April 3, 2023

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Education


28 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Saya ingin merujuk ke P63 Butiran 00102 Rendah Akademik dan 00201 Menengah Akademik, di mana ia adalah peruntukkan untuk Projek Pembangunan Semula Bangunan Daif dan Pembinaan Sekolah Baru dengan jumlah perbelanjaan lebih daripada RM 900 juta.

Tuan Pengerusi,

1.    Dari pelbagai lawatan sekolah di parlimen Puchong, saya mendapati bahawa terdapat banyak sekolah yang telah daif, kemudahan tidak mencukupi – tiada padang, dewan, makmal dll dan ada juga kelas tidak cukup kerana jumlah pelajar semakin meningkat.

2.    Kebanyakan mereka telah buat permohonan untuk memperbaiki situasi, tetapi permohonan sentiasa ditolak oleh KPM dengan alasan tiada peruntukkan.

3.    Ramai ahli parlimen telah dan akan menggesa kerajaan untuk menambah peruntukkan untuk penyelenggaraan dan pembinaan bangunan sekolah.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Women, Family and Community Development


23 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Saya ingin Merujuk kepada Butiran 020200 Pembangunan Wanita

Tuan Pengerusi,

1.    Walaupun wanita di Malaysia telah mendapat pendidikan yang lebih tinggi daripada generasi sebelumnya, kadar penyertaan tenaga kerja wanita sekarang hanya di lingkungan 55% - hanya sedikit peningkatan berbanding dengan 20 tahun dahulu.

2.    Menurut UNDP, jika kita dapat meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 70%, kita boleh meningkatkan KDNK negara sebanyak 2.9%.

3.    Oleh itu, adalah penting kerajaan ada rancangan yang lebih strategik untuk memastikan lebih ramai wanita bekerja.

4.    Walaubagaimanapun, Kementerian perlu memastikan bahawa inisiatif kerajaan dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja  tidak menjadi counterproductive, dengan izin.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of International Trade and Industry


22 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Merujuk kepada m/s 266 Butiran 040300 Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Hari ini, saya ingin menyentuh 2 industri baru yang sedang digalakkan oleh MIDA, iaitu pusat data (data center, dengan izin) dan kenderaan elektrik (EV).

Pusat Data

1.    Tuan Pengerusi, Malaysia berpotensi menjadi Hub Pusat Data ASEAN dengan strategi yang baik.  

2.    Pemain utama pusat data adalah syarikat antarabangsa MNC seperti AWS, Microsoft, Google, Meta, Equinix dll.

3.    Kebanyakan mereka mempunyai komitmen karbon sifar bersih (net zero carbon) dan menyertai inisiatif global RE100.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Science, Technology and Innovation


21 Mac 2023 
(Bahasa Malaysia Version)

1.    Saya ingin merujuk kepada Butiran 040700, Kod 40000, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) diberi peruntukkan pengurusan sebanyak RM 55 juta dan Butiran 00605 NIMB diberi peruntukkan pembangunan RM 44.13 juta. Ini bermaksud NIBM akan mendapat RM 99 juta dalam belanjawan ini.

2.    Untuk makluman dewan yang mulia ini, NIBM mendapat RM 27.5 juta dan RM 5.3 juta serta RM 30 juta dan RM 936,000 pada tahun 2022 dan 2021 masing-masing di bawah butiran dan kod yang sama. Secara keseluruhannya, ia mendapat lebih daripada RM 160 juta dalam masa 3 tahun sahaja. 

3.    Peruntukkan NIBM telah menjadi jauh lebih tinggi berbanding masa saya menjadi menteri kerana ia telah dipertanggungjawab untuk menerajui Pelan Pembangunan Vaksin Negara sejak 2020 semasa Covid-19 melanda dunia. Puchong ingin tahu perincian perbelanjaan ini. Apakah telah yang dicapai dalam masa 3 tahun ini?

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Natural Resources, Environment and Climate Change


16 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


m/s 246, B23, 050100 m/s 254, P23, 07200 Pengawaseliaan Alam Sekitar

1.    Saya ingin menarik perhatian YB2 sekalian perbelanjaan antara dua kod ini dan bandingkan.

2.    Kod 050100 Alam Sekitar adalah perbelanjaan untuk Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM 115.45 juta manakala kod 07200 adalah perbelanjaan untuk membayar syarikat konsesi PSTW di bawah Environmental Quality Monitoring Program (EQMP) sebanyak RM 86.7 juta.

3.    Saya telah berkali-kali membangkit dalam dewan ini sejak penggal yang lalu bahawa kerajaan perlu merunding semula perjanjian konsesi EQMP.  

4.    Perjanjian konsesi 15 tahun ini ditandatangani pada 2017 degan jumlah nilai RM 952 juta.

5.    Objektif asal EQMP ialah untuk melapor status kualiti alam sekitar, menyedia input bagi penguatkuasaan JAS dan memberi amaran awal pencemaran.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Ministry of Agriculture and Food Security


15 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version)


Pertama sekali, saya ingin merujuk ke m/s 213, P21, Kod 1003 Bahagian Sekuriti Makanan.

1.    Menurut Indeks Keselamatan Makanan Global (2022), Malaysia menduduki tempat ke-41 di dunia dari segi keselamatan makan.

2.    Singapura, sebuah negara yang tidak menanam dan menternak, menduduki tempat ke-15 di Indeks Keselamatan Makanan Global.

3.    Ini adalah keselamatan makanan adalah pelbagai dimensi.

4.    Selain daripada penghasilan makanan, harga makanan, kualiti makanan, pendidikan dsb juga adalah faktor yang sama penting.

5.    Bahagian Sekuriti Makanan menerima peruntukkan pembangunan besar sebanyak RM 100 juta dalam bajet ini.

Parliamentary Debate on 2023 Budget - Prime Minister's Department


Jabatan Perdana Menteri - 13 Mac 2023 (Bahasa Malaysia Version) 


Saya ingin merujuk kepada m/s 105, B6 (Jabatan Perdana Menteri), 060200 Biro Pengaduan Awam.

1.    Biro Pengaduan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengendali aduan orang ramai terhadap jabatan dan agensi kerajaan.

2.      Salah satu inisiatif utama di dalam Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan 2019-2023 adalah untuk menggantikan Biro Pengaduan Awam dengan Ombudsman Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan.

3.      Perbezaan utama antara Biro Pengaduan Awam dan Pejabat Ombudsmen ialah Biro Pengaduan Awam beroperasi di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri manakala Pejabat Ombudsman adalah agensi bebas dan tidak tertakluk kepada pengaruh kakitangan kerajaan mahupun campur tangan politik.