Blog

Monday, January 8, 2024

Parliamentary Debate: Public Finance and Fiscal Responsibility Bill 2023

 


11 Oct 2023 (Bahasa Malaysia Version)


1.  Puchong membaca RUU ini dengan teliti, peruntukan-peruntukan dalam RUU dan untuk Puchong RUU ini adalah seperti job description, tanggungjawab Menteri Kewangan. 

2.   Persoalannya, jika kita perlu ada akta untuk memastikan Menteri Kewangan buat kerja beliau dengan hemah dan bertanggungjawab, adakah kita juga perlu ada akta-akta untuk Menteri-menteri yang lain?

3.     Tambahan lagi, RUU senaraikan tanggungjawab Menteri kewanganan, Menteri hendaklah, buat ini, Menteri hendaklah buat itu, tetapi jika Menteri tidak patuh peruntukan-peruntukan ini, tiada apa-apa pun peruntukan hukuman.

4.  Ini adalah seperti Akta Orang Kurang Upaya 2008 dimana kerajaan sepatutnya menyediakan prasarana awam yang mesra-OKU tetapi kerana tiada apa-apa peruntukan tindakan yang boleh diambil kepada kerajaan jika tidak dibuat, oleh itu sampai hari ini, prasarana kita masih banyak lagi tidak mesra-OKU. Adakah perkara yang sama akan berlaku?

Parliamentary Debate: The Energy Efficiency and Conservation Bill 2023




10 Oct 2023 (Bahasa Malaysia Version)

Terima kasih Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

1.   Pertama sekali, Puchong ingin mengalu-alukan pembentangan RUU ini kerana ini adalah salah satu “unfinished business” saya apabila saya menjadi Menteri tenaga.

2.  Sebenarnya, RUU ini disasarkan untuk dibentangkan pada hujung 2020 tetapi Langkah Sheraton dan Covid berlaku dan ia telah tergendala. 

3.     Oleh itu, saya rasa lega bahawa akhirnya, RUU ini “sees the light of day” dengan izin.

Parliamentary Debate: Mid-Term Review of Twelfth Malaysia Plan

 




14 September 2023 (Bahasa Malaysia Version)

1.   Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK 12.


Tuan Speaker,


2.  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high-growth high value, HGHV) yang meliputi lima bidang.


3.  Hari ini Puchong hanya akan fokus kepada salah satu bidang iaitu industri berasaskan peralihan tenaga yang berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

 

4.   Puchong telah bertahun-tahun menegaskan di dewan yang mulia ini industri hijau bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi dengan ada strategi yang betul, ia berpotensi besar dalam merancak pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Parliamentary Debate: White Paper on Covid-19 Vaccine Procurement Management



8 June 2023 (Bahasa Malaysia Version)

1.     Terima kasih Puan Speaker memberi ruang kepada Puchong untuk turut serta dalam perbahasan kertas putih pengurusan perolehan vaksin Covid-19.

2.     Pada pendirian Puchong, salah satu kelemahan utama Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah kewatan perolehan bekalan vaksin.

3.    Jika YB-YB masih ingat lagi, walaupun Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua untuk golongan berisiko tinggi - warga emas, oku dan komorbidities telah bermula pada 19 April 2021, tetapi dari April sehingga pertengahan Jun 2021, kadar vaksinasi adalah sangat lembap kerana kekuranga bekalan vaksin.

4.  Kalau kita tengok, kadar kematian sehari pada Mac 2021 ialah single digit, ia menjadi double digit menjelang Mei dan meningkat dengan signifikan pada Jun dan Julai 2021. 

Parliamentary Debate: Unusual Heatwave Phenomenon Hits the Country



7 June 2023 (Bahasa Malaysia Version)


1. Terima kasih Tan Sri Speaker memberi ruang untuk Puchong membahaskan usul berkenaan dengan fenomena cuaca panas luar biasa yang melanda negara.

2.     Hari ini Puchong ingin membahas topik ini dari perspektif jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

3.   Untuk jangka masa pendek, saya hanya ingin fokus kepada salah satu kesan cuaca panas, iaitu pembakaran terbuka, sama ada tempatan ataupun luar negara yang akan mengakibatkan jerebu yang bukan sahaja akan membawa kesan negatif kesihatan kepada rakyat tetapi juga mengakibatkan kerugian ekonomi.

Thursday, November 9, 2023

Dewan Rakyat Oral Question 2023 to the Minister of Economy | 9 November 2023

9 November 2023, Thursday (Bahasa Melayu Version)

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan apakah rancangan Kerajaan memandangkan negara kita telah menjadi ageing society dan akan menjadi aged society menjelang 2044. Bagaimana Malaysia boleh mengatasi penurunan dividen demografi supaya ekonomi berkembang pada kadar yang baik.  


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, 

Malaysia telah menjadi negara menua (ageing nation) pada tahun 2021 apabila 7% daripada jumlah penduduk negara adalah dalam kalangan mereka yang berusia 65 tahun dan lebih. Peratusan populasi ini dijangka akan berganda dalam tempoh 21 tahun akan datang, dan Malaysia dijangka akan mencapai status negara tua (aged nation) pada tahun 2044. Peningkatan peratusan populasi ini secara langsung akan mengurangkan populasi umur bekerja (15 hingga 64 tahun) dalam struktur demografi. Kesan peralihan ini menyebabkan dividen demografi atau potensi manfaat ekonomi yang boleh disumbang oleh populasi umur bekerja merosot. 

Kerajaan sedar impak peralihan demografi akibat penuaan populasi kepada pertumbuhan ekonomi negara adalah besar. Cabaran baharu ini perlu ditangani melalui perancangan yang strategik dan berkesan. Langkah permulaan dalam perancangan ini adalah memanjangkan fasa peralihan struktur demografi. Dalam hal ini, Kerajaan akan meningkatkan pelaburan dalam perkhidmatan dan rawatan kesihatan reproduktif untuk memperlahankan penurunan kadar kelahiran. Kadar kesuburan jumlah (TFR) negara menurun kepada 1.6 pada tahun 2022 iaitu di bawah paras penggantian 2.1 anak bagi setiap wanita. Usaha ini termasuk kaedah rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF) pada kadar yang lebih rendah daripada harga pasaran. Dalam hal ini, Kerajaan telah memperuntukan sejumlah RM171 juta bagi pembinaan Pusat Subfertiliti Negara di Shah Alam, Selangor.

Kerajaan juga meneroka potensi ekonomi penjagaan atau care economy bagi memacu pertumbuhan ekonomi. Penuaan populasi mewujudkan peluang untuk ekonomi penjagaan berkembang pesat dan maju untuk membentuk satu industri baharu. Pada ketika ini, permintaan untuk perkhidmatan penjagaan berkualiti kian meningkat tetapi penawaran masih rendah. Dalam hal ini, Kerajaan menggalakkan pelaburan swasta untuk meningkatkan keupayaan penawaran serta membantu membina pasaran perkhidmatan penjagaan yang cekap dan berkesan melalui pengukuhan kerangka perundangan.

Pada masa yang sama, perancangan bagi menstruktur semula ekonomi negara yang digariskan dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, 2021-2025 akan turut membantu menangani impak penurunan dividen demografi. Perubahan struktur yang dipacu melalui peluasan penerimagunaan teknologi dan inovasi dalam sektor ekonomi dijangka akan dapat menangani isu penurunan produktiviti akibat penguncupan tenaga kerja. Tindakan ini dapat membantu meningkatkan prestasi kecekapan pasaran tenaga kerja serta mengkukuhkan tahap daya saing ekonomi.

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Ekonomi kini sedang merangka Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (National Ageing Blueprint) menyeluruh yang merangkumi perancangan dan perencanaan dasar, rangka kerja dan pelan tindakan jangka masa pendek, sederhana dan panjang melalui kerjasama dengan pihak World Bank. Pelan tersebut dijangka akan siap pada suku pertama tahun 2024 dan dapat membantu Kerajaan dalam menangani impak negara tua terhadap pertumbuhan ekonomi, produktiviti tenaga kerja, keperluan perlindungan sosial dan penjagaan kesihatan warga emas.

Kerajaan optimis, tindakan yang diambil berdasarkan pendekatan keseluruhan negara dan kerangka Ekonomi MADANI, dapat membantu negara untuk menangani dan mendepani cabaran ini dengan lebih berkesan. Kerajaan juga menyeru semua pihak dapat menggembleng tenaga bersama serta memanfaatkan peluang perubahan demografi ini ke arah pembangunan ekonomi yang lebih mampan demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Monday, October 23, 2023

Dewan Rakyat Oral Question 2023 to the Minister of Health | 23 October 2023

23 October 2023, Monday (Bahasa Malaysia Version)


SOALAN 
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini suntikan HPV bagi remaja perempuan berusia 13 untuk kohort 2020, 2021, 2022 dan 2023 serta perolehan vaksin HPV yang telah diperuntukkan RM120 juta untuk tahun 2023. 

JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada tahun 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia tidak dapat membuat perolehan bekalan vaksin HPV ekoran gangguan bekalan vaksin HPV peringkat global dan ini telah mengganggu pelaksanaan pemberian imunisasi HPV kepada murid perempuan sekolah Tingkatan 1 atau remaja perempuan 13 tahun bermula tahun 2021.

2. Menggunakan baki stok vaksin pada tahun 2020, seramai 34,933 orang daripada seramai 222,084 (15.7%) orang murid perempuan tingkatan 1 kohort 2021 telah menerima dos 1 vaksin HPV. Pada tahun 2022 pula, disebabkan harga vaksin HPV diperingkat global telah meningkat sebanyak 6 kali ganda, KKM hanya boleh membuat perolehan sebanyak 100,000 dos vaksin HPV pada Disember 2022. Kesemua vaksin tersebut telah diagihkan ke negeri untuk diberikan kepada murid perempuan tingkatan 1 kohort 2021 yang belum menerima vaksin. Oleh yang demikian bilangan murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 yang telah menerima dos vaksin HPV adalah seramai 102,729 orang daripada 127,020 (80.88%) orang murid perempuan tingkatan 3 yang telah mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga.

3. Kementerian Kesihatan komited untuk memastikan semua murid perempuan kohort 2021, kohort 2022 dan kohort 2023 akan menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan. Keutamaan pemberian vaksin HPV adalah kepada murid perempuan kohort 2021 yang sekarang sedang berada di tingkatan 3 terlebih dahulu dan apabila keseluruhan kohort ini selesai, vaksin akan mula diberikan kepada murid kohort 2022 dan seterusnya kepada murid kohort 2023, bergantung kepada jumlah vaksin yang dapat diperolehi pada tahun semasa.

4. Pada masa ini perolehan vaksin sedang dalam proses penilaian dan proses perolehan vaksin HPV ini juga telah mengambil kira Proses Perolehan Kerajaan selaras Pelaksanaan Comprehensive and Progressive Agreement For Trans-Pacific Partnership (CPTPP).

5. Kementerian Kesihatan menjangkakan penerimaan bekalan vaksin HPV akan bermula selewat-lewatnya pada Jun 2024.

Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 6, 2023

Dewan Rakyat Oral Question 2023 to the Minister of Health | 6 June 2023

6 June 2023, Tuesday (Bahasa Melayu Version)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah nisbah speech therapist kepada populasi di Malaysia dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah kekurangan speech therapist di sektor awam dan swasta. 


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Nisbah Speech Therapist kepada Populasi Malaysia 

i. Jumlah Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) (Speech Language Therapist) di Kementerian Kesihatan Malaysia (sehingga 15 Mei 2023) ialah sebanyak 156 orang pegawai.

ii. Nisbah Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah 1:209,615. Secara perbandingan, nisbah Speech-Language Therapist di Amerika Syarikat adalah 57.7:100,000 pada 2021.

iii. Jumlah keseluruhan Speech-Language Therapist di Malaysia tidak dapat ditentukan dengan tepat kerana ketiadaan maklumat bagi Speech-Language Therapist di sektor swasta. 


2. Langkah-langkah menangani masalah kekurangan Speech Therapist di sektor awam 

i. Bilangan ambilan baharu Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) di bidang Kerajaan tidak menunjukkan trend yang memberangsangkan pada setiap tahun. Ini berikutan kerana tarikan insentif di sektor swasta lebih menarik seperti emolumen yang jauh lebih lumayan, waktu bekerja yang lebih fleksibel, persekitaran kerja yang lebih kondusif.

ii. Tiada pengambilan speech-language therapist secara kontrak di KKM dilaksanakan pada masa ini kerana masih terdapat kekosongan pada perjawatan tetap sedia ada.

iii. Sehubungan itu, Kertas Cadangan ‘Perkhidmatan Wajib bagi Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) selama 24 bulan’ di Kementerian Kesihatan bagi semua graduan yang ingin berkhidmat di Malaysia sedang disediakan, susulan kesukaran mendapatkan pegawai baharu dan kadar attrition yang semakin bertambah saban tahun. 


Sekian, terima kasih.