23 Nov 2023 (Bahasa Malaysia Version)
1. Puchong ingin merujuk kepada butiran 020200 Pembangunan Wanita.
2. Tuan Pengerusi, menurut Global Gender Gap Report 2023 yang baru diterbit pada Jun yang lalu, Malaysia sekali lagi berada di ranking 30% terendah, iaitu 102 daripada 146 negara yang dinilai.
3. Global Gender Gap Index ini merangkumi 4 subsektor, iaitu pencapaian pendidikan, penyertaan dan peluang ekonomi, kesihatan dan kemandirian serta pemerkasaan politik.
4. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Malaysia telah mencapai ranking pertama bersama dengan 24 negara yang lain bagi subsektor pencapaian pendidikan, di mana Malaysia telah mencapai pariti atapun kesaksamaan dengan subindex 1 daripada 1.







