Blog

Friday, November 1, 2024

Dewan Rakyat Written Question 2023 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE FIRST PROCEEDING, TERM 2, THE 15TH PARLIAMENT, 2023 (BAHASA MALAYSIA VERSION)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai purata masa menunggu di bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di setiap hospital besar Kerajaan di Malaysia termasuk Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada ketika ini, KKM belum mempunyai data yang lengkap berkenaan tempoh masa menunggu bagi semua hospital KKM di seluruh negara. Namun begitu, satu audit masa menunggu akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi mendapatkan gambaran sebenar yang lebih tepat berkenaan perkara ini.

2. Jabatan Kecemasan dan Trauma, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa menumpukan usaha bagi memperkasa pengurusan semua pesakit. Tumpuan utama adalah untuk memberikan rawatan kepada pesakit kecemasan kritikal (zon merah) dan kecemasan separa kritikal (zon kuning) di mana pesakit kritikal akan dirawat serta-merta manakala pesakit separa kritikal akan dirawat dalam tempoh kurang dari 30 minit. Di samping itu, pesakit kecemasan bukan kritikal (zon hijau) akan dirawat dalam tempoh 2 jam.

3. Untuk makluman, masih terdapat kes-kes bukan kecemasan yang hadir ke Jabatan Kecemasan dan Trauma di mana sebagai contoh pada tahun 2019, kedatangan pesakit bukan kecemasan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma adalah seramai 1,359,485 orang (16.5%) di seluruh negara.

4. Pada tahun 2019, sebanyak:

(i) 88,622 kes kecemasan bukan kritikal dilaporkan hadir di Hospital Serdang yang mana 17,474 (20%) kes daripadanya adalah kes bukan kecemasan; dan

(ii) 66,134 kes kecemasan bukan kritikal dilaporkan hadir di Hospital Putrajaya yang mana 11,678 (18%) daripadanya adalah kes bukan kecemasan. 

Sekian, terima kasih.  

Dewan Rakyat Written Question 2023 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE THIRD PROCEEDING, TERM 2, THE 15TH PARLIAMENT, 2023 (BAHASA MELAYU VERSION)

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan tempat parkir di Hospital Serdang.


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum tentang isu kesesakan dan kekurangan tempat letak kereta (TLK) di hospital-hospital KKM. Sehubungan itu, KKM telah merancang beberapa inisiatif bagi menambah baik sistem dan pengurusan TLK di hospital seperti berikut : 

a. outsourcing tempat letak kereta secara premis demis dengan ditawarkan kepada syarikat swasta untuk menguruskan tempat letak kereta hospital; 

b. kolaborasi/kerjasama untuk menggunakan tempat letak kereta pihak PBT/syarikat swasta;

c. memperkenalkan valet parking di hospital;

d. menggalakkan penggunaan pengangkutan awam; dan

e. mempertimbangkan penyediaan tempat letak kereta bertingkat struktur tidak kekal secara usaha sama dgn pihak swasta.


2. Di Hospital Serdang, sebanyak 550 lot TLK telah disediakan untuk kegunaan kakitangan hospital dan orang awam. Di samping itu, dengan beroperasinya bangunan TLK bertingkat Pusat Jantung, sebanyak 465 lagi lot TLK dapat disediakan kepada orang awam.


3. Selain itu, sebanyak 300 lot TLK tambahan baharu telah disediakan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) di kawasan berhadapan dengan Hospital Serdang yang turut dibuka untuk kegunaan kakitangan dan orang awam yang datang berurusan di hospital.


Sekian, terima kasih.

Dewan Rakyat Written Question 2023 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE SECOND PROCEEDING, TERM 2, THE 15TH PARLIAMENT, 2023 (BAHASA MELAYU VERSION)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan metodologi yang digunakan oleh Kementerian dalam menilai exclusive breastfeeding rate (EBF), apakah sasaran Kementerian dan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai sasaran.


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Metodologi yang digunakan kini oleh Kementerian dalam menilai prevalen penyusuan susu ibu secara esklusif (Exclusive Breastfeeding, EBF) adalah melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey, NHMS) - Kesihatan Ibu dan Anak. Penilaian adalah berdasarkan saranan daripada WHO/ UNICEF (2021) dalam dokumen bertajuk “Indicators for assessing infant and young child feeding practices: Definitions and measurement methods”. Prevalen penyusuan susu ibu eksklusif bawah umur enam bulan dalam kalangan populasi Malaysia adalah 47.1% (NHMS 2016). Tinjauan seterusnya akan diadakan dalam NHMS 2024.

2. Sasaran penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga bayi berumur 6 bulan adalah 70% dan telah dijadikan indikator asas dalam:

i. Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia, NPANM III 2016 – 2025;

ii. Pelan Strategik Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (BBM) Dalam Kalangan Kanak-kanak, 2023 – 2030; dan

iii. Key Performance Indicator, (KPI) Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak KKM bagi mempromosi, melindungi dan menyokong amalan menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak berumur enam bulan adalah:

i. Menyediakan persekitaran mesra bayi yang menggalakkan amalan menyusu di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi dan Klinik Rakan Bayi; serta di tempat awam seperti kompleks membeli belah dan stesen pengangkutan awam; 

ii. Memberi latihan pengukuhan penyusuan susu ibu kepada anggota kesihatan yang menjalankan perkhidmatan ibu dan anak di fasiliti kesihatan;

iii. Menyokong insentif sosial oleh kerajaan dan swasta seperti kemudahan cuti bersalin, cuti paterniti bagi suami untuk menguruskan isteri yang bersalin, pengecualian cukai pembelian peralatan penyusuan susu ibu, kemudahan untuk ibu memerah dan menyimpan susu ibu di tempat awam, sudut penyusuan di tempat kerja, serta pelaksanaan waktu kerja anjal diberi bagi menyokong para ibu bapa supaya terus menyusukan bayi;

iv. Menggalakkan aktiviti pembimbing penyusuan susu ibu samada berkumpulan atau individu di peringkat komuniti yang boleh memberi tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu; dan

v. Menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan dan agensi serta pertubuhan bukan kerajaan bagi aktiviti-aktiviti advokasi penyusuan susu ibu, melalui semua platform konvensional dan sosial media.

Sekian, terima kasih.

Dewan Rakyat Written Question 2024 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE SECOND PROCEEDING, TERM 2, THE 15TH PARLIAMENT, 2024 (BAHASA MELAYU VERSION)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- 

(a) statistik tahunan dari 2000 ke 2020 (dalam jadual) bagi kadar anemia di kalangan wanita pada umur reproduktif, kadar kelahiran pra-matang dan kadar berat lahir rendah untuk usia kandungan ; dan 

(b) langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jadual kadar anemia dalam kalangan wanita pada umur reproduktif, bilangan kelahiran pra-matang dan kadar berat lahir rendah (<2500g) untuk usia kandungan. 



2. Berdasarkan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), prevalen anemia dalam kalangan wanita umur reproduktif menunjukkan penurunan yang positif iaitu 34.7% pada tahun 2015 kepada 29.9% pada tahun 2019. Pelbagai langkah telah dilaksanakan daripada aspek pencegahan dan mengawal masalah anemia dalam kalangan wanita umur reproduktif termasuklah wanita hamil. 

3. Antara langkah yang sedang dilaksanakan di peringkat fasiliti kesihatan adalah seperti berikut: 

(a) Mandatori pemberian pil zat besi dan asid folik kepada ibu hamil yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan;

(b) Pelaksanaan program kepastian kualiti (Quality Assurance Programme) di peringkat kebangsaan bagi mencegah dan mengawal masalah anemia dalam kalangan wanita hamil yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan;

(c) Advokasi, ceramah, dan sesi demonstrasi masakan turut dilakukan di peringkat klinik dan komuniti bagi mencegah dan mengawal masalah anemia; dan 

(d) Perkhidmatan runding cara pemakanan oleh Pegawai Sains Pemakanan. 

4. Antara usaha yang sedang dibangunkan di peringkat populasi adalah seperti berikut: 

(a) Inisiatif fortifikasi tepung gandum dengan zat besi dan asid folik bagi pek 25kg dan ke bawah secara mandatori di seluruh negara. Proses pindaan sub peraturan 43 Peraturan Makanan 1985 sedang dilakukan sebelum pelaksanaan secara mandatori diwarta dan dikuatkuasakan di Malaysia.

(b) Kolaborasi dengan pelbagai agensi berkaitan akan dilaksanakan melalui pembangunan Pelan Strategik Pemakanan Wanita Umur Reproduktif Kebangsaan. Pelan ini memberi penekanan kepada masalah malpemakanan termasuklah kekurangan mikronutrien seperti zat besi yang merupakan penyebab utama kepada masalah anemia WRA di Malaysia.

5. Untuk masalah berat lahir rendah (kurang daripada 2500g) menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 10.0% pada tahun 2000 kepada 12.2% pada tahun 2021. Bagi memperbaiki keadaan ini, antara langkah yang diambil di peringkat klinik kesihatan adalah seperti berikut: 

(a) Pemantauan peningkatan berat badan sepanjang kehamilan (Gestational Weight Gain, GWG) secara berkala dan memastikan berat badan berada dalam julat peningkatan yang disarankan.

(b) Runding cara pemakanan kepada ibu hamil yang mengalami masalah kurang atau berlebihan peningkatan berat badan. 

Sekian, terima kasih.





Dewan Rakyat Written Question 2024 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE SECOND PROCEEDING, TERM 3, THE 15TH PARLIAMENT, 2024 (BAHASA MELAYU VERSION)

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN (PUCHONG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah kes baru kanser ovari setiap tahun dari 2018 hingga 2023.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Bilangan kes kanser ovari di Malaysia bagi tahun 2018 hingga 2023 ialah seperti berikut: 

Sekian, terima kasih.  

Dewan Rakyat Written Question 2024 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE FIRST PROCEEDING, TERM 3, THE 15TH PARLIAMENT, 2024 (BAHASA MELAYU VERSION)


SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan : (a) status terkini suntikan vaksin HPV kepada kohort-kohort pelajar perempuan yang telah tercicir sejak 2020; dan (b) status terkini perolehan vaksin HPV di mana tender telah ditutup semenjak September 2023.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada tahun 2023 sehingga sekarang, seramai 113,708 (52.3%) orang murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021, telah berjaya menerima imunisasi HPV, manakala tiada imunisasi HPV dapat diberi kepada murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2022 dan 2023. Terbaharu, KKM telah menerima bekalan vaksin HPV sebanyak 50 ribu dos pada penghujung Januari 2024 yang akan diberi kepada murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 yang belum menerima sebarang dos vaksin.

2. Kontrak semasa bagi pembekalan Vaksin HPV telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi penambahan kuantiti dan pelanjutan tempoh kontrak sehingga April 2024. Perolehan bagi sejumlah 50,000 dos di bawah kontrak semasa telah dilaksanakan pada Januari 2024.

3. Terbaharu, tender baharu bagi pembekalan vaksin ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. KKM akan segera melaksanakan pemberian imunisasi mengikut kohort yang telah dirancang.

4. Kementerian Kesihatan komited untuk memastikan semua murid perempuan kohort 2021, kohort 2022 dan kohort 2023 yang belum menerima sebarang dos vaksin menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan.

Sekian, terima kasih.  

Dewan Rakyat Written Question 2024 to the Minister of Health

DEWAN RAKYAT WRITTEN QUESTION AT THE FIRST PROCEEDING, TERM 3, THE 15TH PARLIAMENT, 2024 (BAHASA MALAYSIA VERSION)


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) jumlah pesakit yang mendapat rawatan dari Klinik Kesihatan Seri Kembangan setiap hari (secara purata); dan

(b) adakah rancangan untuk menaik taraf klinik ini ke kategori yang lebih tinggi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Purata jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan, mengikut trend dari tahun 2021 hingga 2023 adalah seperti berikut: 


2. Berikutan kedatangan pesakit yang semakin meningkat, bangunan kuarters di KK Seri Kembangan telah dinaik taraf pada tahun 2021 untuk dijadikan bangunan bagi perkhidmatan kesihatan ibu dan anak. 

3. Selain itu terdapat perancangan bagi meroboh dan membina bangunan baharu kepada klinik kesihatan mengikut pelan piawai Jenis 2, di tapak tanah sedia ada dan ia telah disenaraikan dalam perancangan pelan induk fasiliti kesihatan bagi tahun 2025-2045.

Sekian, terima kasih. 

Parliamentary Debate on Constitution Amendment Bill 2024 on Citizenship

17 October 2024 (Bahasa Melayu version)


1. Hari ini menandakan detik yang bersejarah kerana Pindaan Jadual Kedua, Bahagian II, 1(b) dan 1(c) akhirnya dibentangkan di dewan yang mulia ini.

2. Saya masih ingat dengan jelas pada 28 Ogos 2022, sempena Hari Merdeka, di mana beberapa daripada kami di sini – YB Segambut, Seputeh dan Nibong Tebal, bersama rakan-rakan dari pelbagai parti – PKR, DAP, Amanah, UMNO, MCA, MIC dan Muda, menyertai Perhimpunan Merdeka yang dianjurkan oleh Family Frontier.

3. Kenangan yang paling mendalam bagi saya pada hari itu adalah persembahan kanak-kanak yang mempersembahkan lagu “Saya Anak Malaysia”.

4. Sebenarnya, kebanyakan mereka pada waktu itu masih bukan warganegara Malaysia, walaupun ibu mereka adalah rakyat Malaysia, hanya kerana mereka dilahir di luar negara.

5. Anak-anak ini berpakaian tradisional dari pelbagai kaum utama Malaysia – Melayu, Cina, India – dan menyanyi dengan penuh semangat, “Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia”.

6. Suara nyanyian mereka yang sangat kuat seolah-olah menggambarkan harapan mereka untuk diterima di bumi dipijak ini yang dikenali Malaysia.

7. Air mata saya menitis melihat wajah dan harapan kanak-kanak ini.

8. Dua tahun kemudian, saya berdiri di sini dengan penuh kebanggaan dan menyokong 100% pindaan kepada seksyen-seksyen ini.

9. Puchong ingin merekodkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada menteri dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terlibat kerana walaupun mengharungi pelbagai cabaran mereka tetapi tetap deliver.

Tuan Speaker,

10. Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat juga ingin merekodkan di sini bahawa JKPK telah mendengar taklimat daripada KDN sebanyak 4 kali iaitu 7 July 2023, 12 Sept 2023, 13 March 2024 dan 1 October 2024.

11. Kami juga telah mendengar dan sentiasa terbuka dengan maklum balas daripada NGO berkenaan dengan draf pindaan.

12. Apa yang saya boleh rumuskan di sini ialah, KDN dan NGO ada perspektif dan kebimbangan yang sangat berbeza dan pindaan yang dibawa hari ini adalah middle ground yang harap-harap boleh diterima oleh pelbagai pihak.

13. Sebagai contoh, draf pindaan yang pertama yang dibawa oleh KDN ingin memansuhkan Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(e) dan meminda Jadual Kedua, Bahagian (III), Seksyen 19(B).

14. Pindaan-pindaan ini membangkitkan kerisauan ramai di antara kami di sini dan juga ramai di luar sana, terutamanya pemansuhan Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(e).

15. Ini adalah kerana pemansuhan Seksyen 1(e) akan merobohkan benteng terakhir dalam melindungi kanak-kanak daripada statelessness di Malaysia.

16. Seksyen ini memberi peruntukkan bahawa seseorang adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang jika dia lahir di Malaysia dan pada masa dia lahir tiada kewarganegaraan mana-mana negara lain (stateless).

17. Selepas mendapat maklum balas ini, KDN kekalkan seksyen ini dalam draf kedua.

18. Walaubagaimanapun, draf kedua masih mengekalkan pindaan Jadual Kedua, Bahagian (III), Seksyen 19(B), di mana bayi terdampar bukan lagi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang tetapi melalui pendaftaran.

19. Selepas itu, KDN memperbaiki lagi draf RUU mereka dan RUU pindaan yang dibawa hari ini bagi Seksyen 19(B) masih mengekalkan semangat yang sedia ada, di mana bayi yang dibuang oleh ibubapa mereka akan terus dilindungi oleh perlembagaan persekutuan, iaitu mereka adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.

20. Dengan mengambil langkah-langkah ini, KDN telah mengekalkan semangat asal apabila Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1962 dan saya ingin memetik Hansard 31 January 1962 di sini: ..... no child shall be rendered stateless.

21. Atas semangat “no child shall be rendered stateless” ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi Sabah dan Sarawak satu peruntukkan tahunan tetap bagi tujuan mendaftarkan anak-anak orang asal di pedalaman.

22. Begitu juga dengan anak-anak orang asli di semenanjung, JAKOA perlu pastikan semua anak-anak yang lahir di kampung-kampung orang asli didaftar.

23. Pindaan perlembagaan ini juga meminda Jadual II, Bahagian II, Seksyen 1(a) di mana anak-anak kepada pasangan yang kedua-duanya IC merah, iaitu PR, tidak boleh mendapat warganegara melalui kuat kuasa undang-undang tetapi pendaftaran.

24. Walaupun pindaan ini memberi kawalan yang lebih baik untuk mereka yang baru-baru berhijrah ke Malaysia, tetapi ia juga akan menjejaskan mereka yang betul-betul rakyat Malaysia untuk beberapa generasi tetapi hanya ada IC merah akibat legasi keluarga.

25. Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi peruntukkan spesifik bagi bantuan guaman supaya kes-kes legasi ini supaya boleh diselesaikan dalam secepat mungkin dan tidak akan pass down lagi ke generasi seterusnya.

26. Semangat “no child shall be rendered stateless” ini bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi dipercepatkan terutamanya bagi mereka yang sememang ibu atau bapanya ialah warganegara Malaysia sama ada kanak-kanak ini adalah anak angkat ataupun anak yang lahir luar-nikah.

27. Kaedah spesifik perlu diadakan untuk kategori kanak-kanak ini supaya permohonan dan kelulusan boleh dimudah dan dipendekkan kepada 6 bulan untuk anak biologi dan 1 tahun bagi anak angkat.

28. Kes anak lahir luar nikah, kes seperti ini adalah straightfoward, laporan DNA yang sah sudah cukup membuktikan bahawa seseorang itu anak biologi kepada warganegara Malaysia, dan harap boleh dipermudahkan dan dipendekkan.

29. Antara sebab ada yang masih ada lagi yang tidak selesa dengan pindaan yang dibawa hari ini ialah pengurangan had umur dari 21 kepada 18 tahun untuk subseksyen 15A, 19(1) & 19(2).

30. Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan menyediakan mekanisme atau prosedur khas yang membolehkan mereka yang masih berstatus tanpa kewarganegaraan setelah mencapai 18 tahun, untuk memohon kewarganegaraan secara adil dan telus.

31. Itu sahaja daripada itu. Puchong sokong pindaan ini dan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada menteri dan warga KDN.