28 February 2024, Wednesday (Bahasa Malaysia Version)
Wednesday, February 28, 2024
Dewan Rakyat Oral Question 2024 to the Minister of Health | 28 February 2024
Monday, January 8, 2024
Parliamentary Debate on Budget 2024 - Ministry of Higher Education
27 Nov 2023 (Bahasa Malaysia Version)
1. Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Puchong untuk turut sertai dalam perbahasan B dan P 64.
2. Saya ingin merujuk ke 020000 Pendidikan Tinggi dengan anggaran perbelanjaan RM 7.695 billion ringgit untuk 20 universiti awam di Malaysia.
3. Hari ini, saya hanya ingin fokus kepada graduate employability, iaitu kadar kebolehpasaran graduan.
4. Menurut jawapan parlimen Menteri pada Februari tahun ini, daripada jumlah sekitar 286ribu graduan yang menamatkan kursus mereka pada tahun 2021, 14 peratus, iaitu lebih daripada 40 ribu orang graduan, mengalami pengganguran.
5. Sebenarnya, masalah pengangguran di kalangan graduan adalah isu yang telah berlarutan bertahun-tahun.
Parliamentary Debate on Budget 2024 - Ministry of Women, Family and Community Development
23 Nov 2023 (Bahasa Malaysia Version)
1. Puchong ingin merujuk kepada butiran 020200 Pembangunan Wanita.
2. Tuan Pengerusi, menurut Global Gender Gap Report 2023 yang baru diterbit pada Jun yang lalu, Malaysia sekali lagi berada di ranking 30% terendah, iaitu 102 daripada 146 negara yang dinilai.
3. Global Gender Gap Index ini merangkumi 4 subsektor, iaitu pencapaian pendidikan, penyertaan dan peluang ekonomi, kesihatan dan kemandirian serta pemerkasaan politik.
4. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Malaysia telah mencapai ranking pertama bersama dengan 24 negara yang lain bagi subsektor pencapaian pendidikan, di mana Malaysia telah mencapai pariti atapun kesaksamaan dengan subindex 1 daripada 1.
Parliamentary Debate on Budget 2024 at Policy Stage
19 Oct 2023 (Bahasa Malaysia Version)
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2024.
1. Pertama sekali Puchong ingin memberi maklum balas kepada dewan yang mulia ini tentang salah satu inisiatif kerajaan di peringkat akar-umbi.
Tan Sri Speaker,
2. Dalam beberapa bulan ini, setiap kali saya melawat sekolah di Parlimen Puchong, satu topik yang sudah tentu pihak sekolah akan bangkitkan ialah tentang peruntukkan kerajaan sebanyak RM70,000 untuk setiap sekolah bagi membaikpulih tandas.
3. Semua respon adalah positif.
Kiddo Food Bank Programme Launch
8 Oct 2023
The rising issue of child stunting in Malaysia has reached a critical juncture, demanding immediate attention and action. Recent data reveals that child stunting rates have surged from 17.1 percent in 2015 to an alarming 21.2 percent in 2022, according to the 2022 National Health and Morbidity Survey (NHMS). This rate significantly overshadows the 11.0 percent target set under the National Plan of Action for Nutrition Malaysia (NPANM) 2016-2025.
The situation in Malaysia becomes even more concerning when compared to neighbouring countries. Malaysia's stunting rate of 21.9 percent, as reported in the Joint UNICEF/WHO/World Bank Estimates of Child Malnutrition for 2023, is higher than that of Singapore (3.0 percent), China (4.6 percent), Thailand (11.8 percent), and even Sri Lanka (15.9 percent), which is grappling with a financial crisis. It's imperative to note that this rate also surpasses that of Vietnam (19.3 percent) and Ukraine (12.3 percent), a nation plagued by violent conflict. In regional comparisons, Malaysia's stunting rate closely aligns with Cambodia (22.3 percent) and Myanmar (24.1 percent), while remaining lower than India (31.7 percent), Indonesia (31.0 percent), and the Philippines (28.8 percent).
Parliamentary Debate: Public Finance and Fiscal Responsibility Bill 2023
11 Oct 2023 (Bahasa Malaysia Version)
1. Puchong membaca RUU ini dengan teliti, peruntukan-peruntukan dalam RUU dan untuk Puchong RUU ini adalah seperti job description, tanggungjawab Menteri Kewangan.
2. Persoalannya, jika kita perlu ada akta untuk memastikan Menteri Kewangan buat kerja beliau dengan hemah dan bertanggungjawab, adakah kita juga perlu ada akta-akta untuk Menteri-menteri yang lain?
3. Tambahan lagi, RUU senaraikan tanggungjawab Menteri kewanganan, Menteri hendaklah, buat ini, Menteri hendaklah buat itu, tetapi jika Menteri tidak patuh peruntukan-peruntukan ini, tiada apa-apa pun peruntukan hukuman.
4. Ini adalah seperti Akta Orang Kurang Upaya 2008 dimana kerajaan sepatutnya menyediakan prasarana awam yang mesra-OKU tetapi kerana tiada apa-apa peruntukan tindakan yang boleh diambil kepada kerajaan jika tidak dibuat, oleh itu sampai hari ini, prasarana kita masih banyak lagi tidak mesra-OKU. Adakah perkara yang sama akan berlaku?
Parliamentary Debate: The Energy Efficiency and Conservation Bill 2023
Terima kasih Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.
1. Pertama sekali, Puchong ingin mengalu-alukan pembentangan RUU ini kerana ini adalah salah satu “unfinished business” saya apabila saya menjadi Menteri tenaga.
2. Sebenarnya, RUU ini disasarkan untuk dibentangkan pada hujung 2020 tetapi Langkah Sheraton dan Covid berlaku dan ia telah tergendala.
3. Oleh itu, saya rasa lega bahawa akhirnya, RUU ini “sees the light of day” dengan izin.
Parliamentary Debate: Mid-Term Review of Twelfth Malaysia Plan
1. Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK 12.
Tuan Speaker,
2. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high-growth high value, HGHV) yang meliputi lima bidang.
3. Hari ini Puchong hanya akan fokus kepada salah satu bidang iaitu industri berasaskan peralihan tenaga yang berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).
4. Puchong telah bertahun-tahun menegaskan di dewan yang mulia ini industri hijau bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi dengan ada strategi yang betul, ia berpotensi besar dalam merancak pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.






