Blog

Wednesday, February 26, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Transport | 26 February 2025

 26 FEBRUARI 2025, RABU (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :

a. bilakah perkhidmatan aerotrain Kuala Lumpur International Airport akan dikembalikan

b. langkah yang diambil supaya gangguan perkhidmatan aerotrain yang berpanjangan ini tidak diulangi pada masa hadapan.

Thursday, February 20, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability | 20 February 2025

20 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :

(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran

(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Takbir Urus Bahan Kimia.

Wednesday, February 19, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 19 February 2025

 19 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) berapa jumlah pegawai perubatan psikiatri dan psikologi di hospital Kerajaan berbanding permintaan. Apakah purata tempoh menunggu untuk mendapat perkhidmatan pakar

(b) langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kesihatan mental juga dilindungi dalam pakej insurans kesihatan.

Thursday, February 13, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 13 February 2025

 13 February 2025, Wednesday  (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) jumlah klinik kesihatan di Malaysia mengikut jenis. Berapa antaranya menampung jumlah pesakit yang lebih daripada jenis fasiliti yang disediakan.

(b) rancangan Kementerian untuk mengurangkan jurang ini.

Wednesday, February 12, 2025

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2025 | 12 February 2025

 12 February 2025, Wednesday (Bahasa Malaysia version)


  1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih titah tuanku. 


Pembasmian Kemiskinan di Masyarakat India 



Tan Sri, 


  1. Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha. 


  1. Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah melawat Kavitha di Pangsapuri Aman. 


  1. Apabila saya masuk ke rumah, apa yang tertera di depan mata saya ialah ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, tiada apa-apa, hanya beberapa kerusi plastik. 

Thursday, February 6, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Finance | 6 February 2025

6 February 2025, Thursday (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

(a)isu pertikaian undang-undang antara Kerajaan dan Mulia Group berkenaan dengan pemilikan Exchange 106

(b) kadar occupancy dan purata kadar sewaan Exchange 106 terkini. Apakah anggaran capitalisation rate. Adakah pulangan pelaburan Kerajaan dalam Exchange 106 berbaloi.


Wednesday, February 5, 2025

Dewan Rakyat Oral Question 2025 to the Minister of Health | 5 February 2025

5 Februari 2025, Wednesday  (Bahasa Malaysia Version)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa.

(a) jumlah dana terkini dan berapa penerima yang telah bermanfaat sejak penubuhan tabung sehingga kini

 (b) insentif bagi penderma dan adakah rancangan untuk membuat penambaikan.

Monday, December 2, 2024

Parliamentary Debate on the Supply Bill (Budget 2025), Committee Level, NRES | 2 December 2024

 2 December 2024, Monday (Bahasa Malaysia Version)

1.     Puchong hanya akan tumpukan 5 min perbahasan saya hari ini kepada P42, Butiran 07200 Pengawaselian Alam Sekitar dengan jumlah anggaran harga projek 1 billion 19 juta 888 ribu 5 ratus 22 (RM 1,019,888,522).

2.     Sebagai perbandingan, dalam anggaran belanjawan 2024 butiran yang sama 07200 Pengawaselian Alam Sekitar, jumlah anggaran harga projek ialah 961 juta 809 ribu 3 ratus 22 (RM 961,809,322)

3.     Oleh itu, soalan Puchong kepada kementerian ialah, adakah projek ini telah pun dirunding semula dan mendapat pertambahan sebanyak kira-kira RM58 juta? Apakah skop kerja tambahan?