Blog

Wednesday, December 3, 2025

Parliamentary Debate on Anti-Bullying Bill 2025 | 3 December 2025

  Bahasa Melayu version

1.     Terima kasih puan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU AntiBuli 2025.

2.     Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.

Tuesday, December 2, 2025

Briefing by the Chairperson of the Women, Children and Community Development Special Select Committee: Digital Safety & Children’s Mental Health | 2 December 2025

Bahasa Melayu Version  

PENERANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

1.    Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah membentangkan dua penyata pada sidang ini, yang dibentangkan pada 1 Disember 2025 (Isnin) iaitu:
     i.    Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia (DR. 33 Tahun 2025); dan
    ii.    Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia (DR. 34 Tahun 2025).

Thursday, November 6, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Ministry of Finance | 6 November 2025

 Bahasa Melayu Version

1.     Terima kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya di peringkat JK Kementerian Kewangan.
 
2.     Hanya satu isu yang Puchong ingin bangkitkan pada hari. Saya ingin merujuk kepada kepada 020500 Subsidi dan Bantuan Tunai.
 
3.     MyKasih dan SARA 100 telah mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat.

Wednesday, November 5, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Prime Minister’s Department | 5 November 2025

 Bahasa Melayu Version


 1.     Terima kasih Datuk Speaker izinkan Puchong untuk berbahas peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
 
2.     Puchong ingin bermula dengan B1 Parlimen, kepala 010000 Urusan Parlimen.
 
3.     Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membawa RUU Perkhidmatan Parlimen yang juga telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Tuesday, October 14, 2025

Debate on the Supply Bill (Budget 2026), Policy Stage | 14 October 2025

Bahasa Melayu Version

1.       Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan 2026.
 
2.       Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang seimbang antara bantuan segera kepada rakyat  dan pembaharuan strategik jangka panjang.

Thursday, August 28, 2025

Parliamentary Written Questions to Minister of Finance (Mesyuarat Kedua ,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 - 09)

(Bahasa Melayu Version)

28 August 2025

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

a. Sebab One&Only Desaru tidak diteruskan. Berapakah kerugian/keuntungan One&Only Desaru setiap tahun sejak pembukaannya dan bagaimana pula dengan prestasi hotel-hotel lain yang dimiliki Khazanah di Desaru?

b. Berapakah pelaburan Khazanah setakat ini bagi pembangunan bersepadu Desaru dan apakah rancangan seterusnya?

Wednesday, August 27, 2025

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025

Speech by the Chairperson of the Special Select Committee on Women, Children and Community Development on the Issue of Bullying Among School Students | 27 August 2025

(Bahasa Melayu Version)


1.    Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

2.    Jawatankuasa Pilihan ini telah membentangkan dua penyata pada sidang parlimen ini.

 

3.    Penyata pertama ialah Penyata berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysiadi mana Jawatankuasa telah mengemukakan lapan syor utama untuk tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan. 

 

4.    Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah kami bentangkan iaitu Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah.